Assalammualaikum. .
Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuli lembaran sirahmu Pahit getir pengorbananmu Membawa cahaya kebenaran Engkau taburkan pengorbananmu Untuk umatmu yang tercinta Biar terpaksa tempuh derita Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya Tak terjangkau tinggi pekertimu Tidak tergambar indahnya akhlakmu Tidak terbalas segala jasamu Sesungguhnya engkau rasul mulia Tabahnya hatimu menempuh dugaan Mengajar erti kesabaran Menjulang panji kemenangan Terukir namamu di dalam Al-Quran Rasulullah kami umatmu Walau tak pernah melihat wajahmu Kami cuba mengingatimu Dan kami cuba mengamal sunnahmu Kami sambung perjuanganmu Walau kita tak pernah bersua Tapi kami tak pernah kecewa Allah dan rasul sebagai pembela Stadium Malawati Shah Alam - 12 Rabiul Awal 1434H. Laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w bergema di setiap pelusuk dunia. Aku dan warga Perkep Sec. 20 Shah Alam juga tidak ketinggalan bersama2 dalam memperingati hari kelahiran Junjungan Mulia ini. Sekali sekala rasa sebak menerpa di jiwa bila teringat Rasullullah yang dicintai. Alhamdulillah, kita dilahirkan di dalam golongan orang2 yang mendapat hidayahNya. Langit pagi yang mula diintai mentari nampak sedikit mendung. Teman2 dan peserta2 perbarisan yang lain tetap nampak bersemangat untuk sama2 meraikan hari yang bermakna ini. Memperingati kelahiran Rasullullah s.a.w bukan hanya pada 12 Rabiul Awal sahaja malah yang lebih penting adalah mengamalkan segala yang dituntut di dalam Al Quran dan al Hadis. Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).Tuesday, January 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment